Skip to main content

Posts

Featured

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di PWTC

Alhamdulillah, sampai juga hajat saya untuk ke pesta tersebut semalam, 1 Mei 2017 sempena cuti Hari Pekerja. Kali ini ia diadakan di PWTC semula, mudah rasanya ke situ berbanding jika ke MAEPS. Terasa serik juga mengunjung MAHA 2016 yang diadakan di situ, jalan sesak dari semua arah, kena parking kereta sangat jauh dan menapak ke tapak ekspo dalam terik matahari, dan sebagainya. Begitu ramai dan meriah sekali suasana di sana. Berpuluh mungkin beratus-ratus reruai pempamer dari pelbagai penerbit dan agensi, menawarkan diskaun dan pakej yang menarik. Turut dikerumuni penulis-penulis khususnya novelis-novelis remaja untuk berswafoto dan menandatangani novel yang dibeli. Bagi pencinta-pecinta buku, kepelbagaian jenis dan judul buku, tawaran harga serta dapat bersama-sama dengan penulis-penulis yang diminati suatu pengalaman yang tidak akan dilepaskan. Inilah juga masanya ibu bapa mendidik anak-anak mereka menghargai buku dengan membelikan buku yang anak-anak mereka minati. Tidak te...

Latest posts

Cikgu dulu

Salam perkenalan